Tuesday, 24 July 2012

MALAYSIA 1 - ARSENAL 2

aduh....


Peminat fanatik Arsenal yang ada di rumah saya malam tadi memang tak senang duduk. Sejak berbuka lagi dah bagi 'hint' pada si ayah yang dia takmau pegi tarawikh. Sebabnya? Takut miss game yang dinantinya.Sememangnya 'gila' betul anak bongsu saya terhadap Arsenal.

8 rakaat saja tarawikhnya malam tadi. Tepat 9.45 dia dah tiba dirumah...straight bukak channel 801. Beriya benar menyokong The Gunners tapi bila Malaysia membolos gawang Arsenal di minit2 terakhir separuh masa pertama, anak saya bertukar sokongan kepada Malaysia pulak...Dan yang paling lawak bila Arsenal mula menyumbat gol, dia sokong semula pasukan kegemarannya... chittt!!

Apa pun pemain2 kita memang hampir memakan gergasi EPL itu malam tadi. Namun prestasi mereka masih perlu diperbaiki. Hairan juga, sudah banyak kali Malaysia tewas juga walaupun bermain baik dan mendahului lawan pada awal permainan. Mungkin pasukan negara perlu lebih tumpuan terutamanya apabila mendahului pihak lawan. Macam dah tak terdaya nak melawan di minit2 akhir itu. Tumpuan dan stamina mereka tidak mampu bertahan hingga ke akhir perlawanan... sayang sekali.

Apapun, gol Malaysia memang cantik dan terbaekkk...

Monday, 23 July 2012

Hari Ke 3 Berpuasa.

Assalamualaikum..
Masuk hari ke 3 berpuasa. Suasana di office? Agak slow dan tak berapa nak meriah, maklum, 1st day kerja di bulan puasa.
Hari ni pukul 4.30 tepat dah punch out... terus ke Garden Homes Seremban 2 punya pasar Ramadhan... nasib baik belum ramai orang. Kalau nak tahu, sinilah pasar juadah yang paling besar kat Seremban 2 ni. Tempat ni kalau lepas pukul lima, memang jammed punya, nak membeli pun susah, asyik bersenggol-senggolan [bak kata my cute bigg boss]. Hehe..!

So, beli kuih kegemaran anak2 dan sambal kerang untuk nasi lemak yang dimasak sendiri dan satay ayam..nyum nyum....Maka, lengkaplah menu berbuka hari ini, and as usual banyak yang tak habis... 

Pengajaran:  Jangan beli ikut nafsu.... Hilang pahala puasa bila rezeki yang tak abis tu masuk tong sampah selepas bersahur nanti... okeh?

See u later, kawan2!

Sunday, 22 July 2012

Assalamualaikum...
Ini saya, Shahariah Zainal dari Seremban...
Baru nak belajar blogging, belum tahu apa temanya, belum tahu apa nak fokus into...
Apapun, kalau tak menjadi maaf di pinta...
See you soon.